GEOGRAFI TINGKATAN 2
(Nota 1)BAB 1: SKALA DAN JARAK
Mengukur Jarak Melengkung Menggunakan Jalur Kertas
Apakah jarak sebenar Pekan Kulim ke Kampung Murni melalui Sungai Muda?
Langkah-langkah mengukur jarak
- Bahagikan jarak melengkung kepada bahagian-bahagian kecil yang lurus.
- Tandakan huruf kecil pada setiap bahagian.
- Letakkan jalur kertas di titik permulaan.
- Tandakan panjang jarak setiap bahagian.
- Letakkan kertas yang lengkap ditanda di atas skala lurus untuk mendapatkan jarak sebenar.
- Jarak sebenar Pekan Kulim ke Kampung Murni melalui Sungai Muda ialah 5 km.