GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 21)

BAB 7: KEPELBAGAIAN IKLIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN MANUSIA DI ASIA

Penternakan di Arab Saudi

Bagaimana Almarai Menghasilkan 1 Bilion Liter Susu daripada 75 000 Ekor Lembu Susu di Gurun di Arab Saudi?



Kawasan gurun di Arab Saudi yang suhu biasanya melebihi 45° Celcius, terletak salah satu operasi tenusu yang mengagumkan di dunia.

Ladang Al Badiah di Almarai cukup menakjubkan. Ladang ini merupakan tempat kediaman kepada 47 000 ekor lembu susu. Ladang ini adalah sepanjang 6 km dan selebar 3 km.

Syarikat utama yang mengendalikan ladang ini, iaitu Almarai, merupakan sebuah syarikat perniagaan pelbagai makanan dengan jualan tahunan yang melebihi €2 bilion merentasi Teluk Parsi. Bahagian perusahaan susu sahaja menghasilkan lebih daripada 1 bilion liter susu segar daripada 75 000 ekor lembu tenusu di tujuh ladang pada setiap tahun. Perusahaan ini merupakan perusahaan susu yang paling bersepadu di dunia.

Sebanyak 698 orang pekerja lelaki yang terdiri daripada 14 kewarganegaraan tinggal dan kerja di Al Badiah.

930 000 liter susu dihasilkan di ladang ini setiap hari. Sebuah tangki susu akan bertolak dari ladang ini setiap 45 minit.

Bernard Nolah, pengurus kepada keseluruhan operasi tenusu tersebut, menyatakan bahawa matlamat Almarai adalah untuk memaksimumkan penghasilan susu yang berkualiti dari semua ladang pada kos yang paling rendah. Hal ini dicapai dengan melabur dalam fasiliti yang berkualiti, lembu-lembu yang bergenetik tinggi, kakitangan yang terlatih dan penggunaan makanan ternak yang berkualiti tinggi.

Pengurusan ladang Almarai tidak mahu mendedahkan kos penghasilan, walaupun mereka ada menyatakan bahawa bahan makanan menyumbang kepada 70% - 75% kos keseluruhan. Semua bahan makanan mesti diimport. Tenaga dan kos buruh adalah sangat murah. Air dipam dari sebuah akuifer yang berada 350 meter di bawah kebun.

Fakta-fakta tentang Ladang Al Badiah

Bahan makanan

(Sumber: Diubah suai daripada Farmers Journal)