GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 22)

BAB 7: KEPELBAGAIAN IKLIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN MANUSIA DI ASIA

Kawasan Pertanian di China

Kebanyakan kawasan di China adalah tidak produktif dalam pertanian. Tanah-tanah yang sesuai untuk pertanian terletak di lembah-lembah sungai dan di pantai timur dan selatan.

Gandum, jagung, kacang soya, barli dan kaoliang (betari) serta sekoi ditanam di kawasan utara dan pertengahan China. Beras adalah tanaman utama di selatan. Sesetengah kawasan mengeluarkan dua ganda hasilan beras. Kebanyakan tanaman eksport ditanam di kawasan pantai. Kawasan-kawasan ini mempunyai jalan yang agak baik dan akses ke pelabuhan yang digunakan untuk mengeksport hasil pertanian.

Dataran Utara, termasuk Beijing, meliputi 65 peratus daripada kawasan pertanian China tetapi hanya 24 peratus daripada 65 peratus tersebut mempunyai kemudahan pengairan. Kawasan ini menghasilkan separuh daripada gandum dan jagung China. Kawasan ini juga mengalami tekanan air rendah kerana air dipam secara berlebihan.

Delta Sungai Yangtze merupakan kawasan pertanian yang penting. Kawasan ini merupakan tempat tinggal kepada 30 juta orang dan tanah subur ini menghasilkan satu per sepuluh daripada hasil negara ini. Hasil di kawasan ini dijangka akan berkurang kerana industri besar dari Shanghai yang terletak berdekatan berkembang dan memenuhi kawasan pertanian produktif.

Pertanian mekanik lebih sesuai untuk kawasan timur laut China yang terdiri daripada tanah pamah. Kebun-kebun yang dikawal oleh petani individu dan kampung lebih sesuai diusahakan di kawasan barat daya yang bergunung-ganang.

China mempunyai banyak kawasan gunung. Terdapat banyak cerun curam dan lereng bukit yang ditereskan supaya tanaman seperti padi boleh ditanam. Di wilayah Qinghai yang kurang subur, hanya makanan tanaman tempatan ditanam di rumah hijau yang dibuat daripada plastik yang diregang atas bingkai buluh.

Kawasan pertanian di China mengikut jenis tanaman

(Sumber: Diubah suai daripadahttp://factsanddetails.com/china/cat9/sub63/item348.html)