GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 24)

BAB 8: JENIS DAN KEMAJUAN PENGANGKUTAN DI ASIA

Kemajuan Landasan Kereta Api di Negara-negara Asia

Jaringan kereta api di negara-negara Asia

Negara-negara Asia Maklumat
Negara-negara Asia Timur
  Korea Utara
  • Perkhidmatan kereta api di Korea Utara diuruskan oleh ‘Korean State Railway’
  • Stesen utama terletak di Pyongyang
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 6 000 km
  • Metro Pyongyang mengendalikan perkhidmatan kereta api bawah tanah di bandar raya
  Taiwan
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 1 604.5 km
  • Perkhidmatan kereta api di Taiwan dikendalikan oleh ‘Taiwan Railway Administration’ yang berpusat di Taipeh
  • Mengendalikan tiga sistem pengangkutan, iaitu landasan berkembar, kereta api elektrik sistem rapit transit dan juga kereta api berkelajuan tinggi
  Mongolia
  • Diuruskan oleh 'Trans-Mongolian Railway'
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 2 212 km
  Hong Kong
  • Mass Transit Railway (MTR) merupakan jaringan yang termoden
  • Pendapatan melalui perkhidmatan ini adalah antara yang paling tinggi di dunia
  • Jaringan MTR meliputi keseluruhan wilayah Hong Kong
  • Mempunyai 161 stesen
Negara-negara Asia Selatan
  Afganistan
  • Perkhidmatan kereta api hanya untuk mengangkut kargo dan kontena
  • Jaringan jalan kereta api masih dalam perancangan
  • Hanya mempunyai tiga jaringan landasan kereta api
  Bangladesh
  • Salah satu pengangkutan yang paling utama di negara
  • Mempunyai 489 buah stesen kereta api
  Nepal
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 51 km yang melibatkan bandar Janakpur ke Jayanagar
  • Mempunyai jaringan jalan kereta api yang pendek kerana negaranya bergunung-ganang.
  Pakistan
  • Jaringan kereta api dikendalikan Kementerian Kereta Api Pakistan
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 7 791 yang melibatkan 559 buah stesen
  • Persimpangan stesen yang utama terletak di Lahore
Nama negara-negara Asia Tenggara
  Malaysia
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 1 699 km
  • Terdapat dua aliran jaringan yang utama, iaitu KTM aliran barat dan KTM aliran timur
  • Sistem jaringan jalan kereta api meliputi Kereta Api Tanah Melayu, Komuter, LRT, ERL, Monorel dan MRT
  • Stesen utamanya terletak di Kuala Lumpur Sentral dan persimpangan jalan kereta api terletak di Gemas, Negeri Sembilan
  Thailand
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api ialah sejauh 4 070 km
  Singapura
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api ialah sejauh 153.2 km dengan 104 stesen
  • Jaringan jalan kereta api yang melibatkan MRT dan LRT meliputi keseluruhan Singapura
  Indonesia
  • Jaringan jalan kereta api dibahagi kepada Pulau Jawa (4 807 km), Sumatera (1 869 km) dan Kalimantan (122 km)
  Myanmar
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 5 403 km
  • Mempunyai 858 stesen kereta api
  • Lebih 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api
  • Perkhidmatan masih pada tahap kualiti rendah
  Vietnam
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api di Vietnam adalah sejauh 2 600 km
  • Terdapat satu landasan tunggal yang menghubungkan Ho Chi Minh di selatan dan Hanoi di utara yang meliputi jarak sejauh 1 726 km
Nama negara-negara Asia Barat
  Armenia
  • Keseluruhan jarak jaringan jalan kereta api di Armenia adalah sejauh 845 km
  • Keseluruhan perkhidmatan kereta api di Armenia dikendalikan oleh Russian Railways
  • Stesen kereta api utama terletak di Yerevan, Armenia
  Bahrain
  • Bahrain tidak mempunyai landasan kereta api
  • Cadangan untuk membina sistem aliran ringan
  Georgia
  • Perkhidmatan kereta api di Georgia dikendalikan oleh Georgian Railway
  • Jarak jaringan jalan kereta api di Georgia adalah sejauh 1 576 km
  • Stesen kereta api utama terletak di Tbilisi, Georgia
  Iraq
  • Perkhidmatan kereta api di Iraq diuruskan oleh Iraqi Republic Railways Company (IRR)
  • Jarak jaringan jalan kereta api di Iraq adalah sejauh 1 905 km.
  • Beribu pejabat di Baghdad.
  Kuwait
  • Bahrain tidak mempunyai landasan kereta api
  • Ada cadangan untuk membina sistem jaringan jalan kereta api elektik sejauh 2 000 km menghubungkan Kuwait ke Oman.
  Arab Saudi
  • Perkhidmatan kereta api di Arab Saudi dikendalikan oleh Saudi Railways Organization (SRO)
  • Jarak jaringan jalan kereta api adalah sejauh 1 380 km
  • Perkhidmatan ini melibatkan dua laluan utama, iaitu Dammam dengan Riyadh yang mengangkut penumpang dan Pelabuhan Raja Abdul Aziz di Dammam dengan Riyadh yang mengangkut kargo
  Emiriah Arab Bersatu
  • Kereta api awam pertama adalah sebahagian Dubai Metro yang dibuka pada tahun 2009
  • Metro telah diperluaskan dan monorel telah ditambah
  • Kereta api jarak jauh pertama ialah 264 km, dari kompleks industri Shah ke Habshan dan Pelabuhan Ruwais yang dibuka pada tahun 2014.
  • Fasa kedua (628 km) akan disambungkan ke pelabuhan di Abu Dhabi dan Dubai serta sempadan dengan Oman dan Arab Saudi
Nama negara-negara Asia Tengah
  Kazakhstan
  • Sistem jaringan jalan kereta api diuruskan oleh ‘Kazakhstan National Railways’ yang beribu pejabat di Astana
  • Keseluruhan jaringan jalan kereta api mencapai jarak sejauh 14 800 km
  • Landasan ke utara menghubungi Rusia dan ke timur menghubungi negara China
  Kirgizstan
  • Sistem jaringan jalan kereta api diuruskan oleh 'Kyrgyz Railway'
  • Keseluruhan jaringan jalan kereta api mencapai jarak sejauh 370 km
  • Pada tahun 2016, pembinaan jaringan kereta api menghubungkan China-Kirgizstan-Uzbekistan telah dimulakan
  • Pembinan ini membolehkan pembawaan muatan barangan sebanyak 15 – 20 juta tan dalam tempoh masa setahun
  Tajikistan
  • Keseluruhan jaringan jalan kereta api mencapai jarak sejauh 680 km
  • Jaringan landasan lebih bertumpu di bahagian barat daya dan selatan negara
  • Perjanjian ditandatangani di antara negara Pakistan, Tajikistan dan Afghanistan untuk memodenkan jaringan jalan kereta api
  Turkmenistan
  • Sistem jaringan jalan kereta api diuruskan oleh ‘Turkmen Railways’ yang menghubungkan bahagian utara dengan selatan
  • Keseluruhan jaringan jalan kereta api mencapai jarak sejauh 4 980 km
  • Stesen persimpangan jalan utara dan selatan terletak di Kazandjik