GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 29)

BAB 10: TEKNOLOGI HIJAU

Produk Teknologi Hijau

Contoh pengaplikasian teknologi hijau dalam produk yang bercirikan alam sekitar, ekonomi dan sosial

  1. Insinerator untuk pelupusan sisa pepejal

  2. Produk kimia hijau untuk mengurangkan pencemaran bahan kimia

  3. Penggunaan kertas kitar semula dalam semua urusan percetakan seperti Double A

  4. Perkhidmatan Cuci Rumah dan Pejabat menggunakan bahan cucian seperti gulungan tisu yang diperbuat daripada kertas kitar semula yang berlabel SIRIM (Eco Label) atau Label MyHijau.

  5. Cat yang diperbuat dengan menggunakan sebatian organik kurang meruap, low volatile organic compound (VOC) yang mesra alam sekitar dan tidak berbau.

  6. Bandar Karbon Rendah (Pejabat Rendah Tenaga, Pejabat Tenaga Hijau dan Bangunan Berlian (Diamond Building)

  7. Pemasangan Sistem Tadahan Air Hujan di bangunan

Produk atau perkhidmatan teknologi hijau seharusnya:

  1. Mempunyai label alam sekitar serta kadar penggunaan tenaga atau air yang rendah (seperti mempunyai SIRIM Eco Label).

  2. Mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga atau mod "sleep" apabila tidak digunakan.

  3. Dibeli daripada pembekal yang mempunyai afiliasi alam sekitar seperti ISO 14001, SIRIM Eco Label, Anugerah Hibiscus Perdana Menteri, dan anugerah- anugerah alam sekitar yang lain.

  4. Mengandungi bahan kitar semula.

  5. Mempunyai ciri-ciri mudah dibaiki atau dinaik taraf untuk memanjangkan kitaran hayatnya.

  6. Mempunyai ciri-ciri 'mesra alam’ yang boleh mengurangkan atau meminimakan kesan terhadap kemusnahan alam sekitar.

  7. Mengambil kira penggunaan kuantiti tenaga atau bahan yang diperlukan.

  8. Mengambil berat beberapa ciri yang dapat memberi kesan kepada alam sekitar seperti boleh dikitar semula, dijual atau didermakan selepas tamat jangka hayat peralatan tersebut.

  9. Melibatkan pemasangan atau buatan tempatan bagi mengurangkan pengangkutan sekaligus mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar.

  10. Merupakan produk yang selamat digunakan, kurang toksik atau tanpa toksik.

  11. Menggunakan bahan yang boleh diperbaharui yang mempunyai kadar biodegradasi yang tinggi dan mudah terurai.