GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 3)

BAB 3: PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Penemuan planet baharu

NASA makin hampir temui planet 'kembar Bumi'

SECARA asasnya, fenomena Ekuinoks berlaku apabila matahari boleh diperhati tepat di atas garisan Khatulistiwa Bumi dengan sudut keserongan 0 darjah. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Gambaran lakaran artis keadaan mengorbit bintang yang berkembang membentuk planet nebula yang menakjubkan. Terdahulu dalam hayatnya, planet ini mungkin seperti salah satu daripada lapan dunia baru ditemui mengorbit di zon habitat kepada himpunan bintang di orbit. - Gambar ihsan http://www.wired.com/

MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) semakin hampir menemui apa yang dinamakan sebagai planet 'kembar bumi' susulan pengumuman penemuan lapan planet baharu yang mengelilingi orbit.

Dua daripada lapan planet yang mirip bumi juga seperti planet yang sudah dikenali adalah berada di luar sistem matahari, demikian menurut pakar astronomi memberitahu Persidangan Persatuan Astronomi Amerika ke-225 di Seattle, Washington, hari ini.

"Pasangan kembar bumi itu dikatakan mempunyai permukaan keras dan berbatu dengan kedudukannya dari lingkaran bintang yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk air serta kemungkinan hidupan bernyawa wujud di planet berkenaan," kata pakar astronomi.

Penemuan itu menambahkan lagi planet yang yang dikatakan terletak berdekatan dan bersaiz bumi, serta dipercayai apa yang dinamakan 'Goldilocks zone" atau zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.

"Kami semakin dekat daripada yang diusahakan selama ini untuk menemui 'kembar bumi' yang mengeliling himpunan bintangnya," kata Fergal Mullally dari Pejabat Kepler NASA.

NASA dengan bantuan misi pencarian Kepler, satu teleskop angkasa yang berkebolehan mencerap lebih 150,000 bintang di sekitar planet yang di luar dari sistem solar, dilancarkan pada 2009.

Himpunan terbaharu planet yang dijumpai Kepler dan diumumkan semalam ialah 554, menjadikan semua 4,175 planet berpotensi ketika ini. – AFP

(Sumber: http://www.bharian.com.my/node/27649)



Planet kerdil

Sebelum tahun 2006, Pluto adalah sebahagian ahli keluarga sistem suria bertaraf planet. Pluto telah “diturun taraf” sebagai planet kerdil setelah Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union – IAU) pada Ogos tahun tersebut menetapkan takrifan planet sebagai jasad samawi yang memenuhi tiga kriteria, iaitu
(i)   Ianya mengorbit Matahari;
(ii)  Mempunyai jirim yang mencukupi untuk mencapai kesimbangan hidrostatik (menghampiri bentuk bulat); dan
(iii) Ianya membersihkan kawasan ruang sekitarnya dari objek-objek planetesimal.


Memandangkan Pluto tidak memenuhi syarat ketiga, iaitu membersihkan kawasan ruang sekitarnya dari objek-objek planetesimal, maka secara rasminya Pluto dikelaskan sebagai planet kerdil.

Terdapat banyak penentangan dari kalangan saintis dan juga orang awam terhadap pengkelasan semula Pluto kepada planet kerdil. Namun pengkelasan semula takrifan planet ini bersesuaian dengan penemuan-penemuan baharu objek-objek samawi yang dahulunya dikenali sebagai planetoid. Sehingga kini terdapat lima planet kerdil yang diiktiraf oleh IAU, iaitu, Pluto, Eres, Makemake, Huamea dan Ceres. Terdapat beberapa lagi objek samawi yang boleh menjadi calon planet kerdil seperti Orcus, Salacia, Quaoar dan Sedna. Kebarangkalian lebih banyak objek samawi yang boleh dikelaskan sebagai planet kerdil tidak dapat dinafikan, terutamanya apabila Lingkaran Kuiper diteroka dengan sepenuhnya.

Maka boleh dikatakan bahawa takrifan planet yang dibuat oleh IAU pada tahun 2006, walaupun secara luaran mengurangkan “ahli keluarga” berstatus planet di dalam sistem suria daripada sembilan kepada lapan, namun pengkelasan tersebut telah menambahkan bilangan “saudara” di dalam ahli keluarga planet sistem suria. Dijangka beratus lagi objek-objek samawi yang akan dikelaskan sebagai planet kerdil!

(Sumber: http://www.majalahsains.com/planet-kerdil-saudara-planet-sistem-suria)