GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 31)

BAB 11: PANDUAN KERJA LAPANGAN

i-THINK: 8 Bentuk Peta Pemikiran


iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.


✤ Alat berfikir yang diperkenalkan dalam program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.


  1. Circle Map (Peta Bulatan)

    Circle Map digunakan untuk sumbang saran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


  2. Bubble Map (Peta Buih)

    Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


  3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

    Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.


  4. Tree Map (Peta Pokok)

    Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


  5. Brace Map (Peta Dakap)

    Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.


  6. Flow Map (Peta Alir)

    Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.


  7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

    Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segi empat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.


  8. Bridge Map (Peta Titi)

    Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubung.