GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 33)

BAB 5: PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Perkhidmatan Tren

Terdapat tiga perkhidmatan tren yang disediakan oleh Perkhidmatan Kargo KTMB:

1. Perkhidmatan Tren Kontena
2. Perkhidmatan Tren Kargo Konvensional (Bulk Carrier dan Cement)
3. Perkhidmatan Tren Landbridge

Perkhidmatan Tren Kontena

Perkhidmatan tren kontena KTMB menghubungkan lima (5) pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Northport (Malaysia) Bhd, Westport (Malaysia) Sdn Bhd, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, selain turut menghubungkan pelabuhan darat di Padang Besar, Ipoh (Ipoh Cargo Terminal), Setia Jaya (Kontena Nasional Inland Container Depot) dan Segamat (Segamat Inland Port).

Berikut adalah perkhidmatan tren kontena KTMB;

  • South Thai Cargo (STC)
    Perkhidmatan tren South Thai Cargo atau STC adalah merupakan perkhidmatan tren kontena yang menghubungkan di antara Terminal Pelabuhan Darat di Padang Besar dengan pelabuhan di Pulau Pinang, iaitu NBCT. Membawa barangan dari daerah-daerah di Selatan Thailand untuk dieksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang.

  • Landfeeder
    Perkhidmatan tren Landfeeder, adalah merupakan perkhidmatan tren kontena yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan dan pelabuhan kering di pantai barat Semenanjung Malaysia, membawa kontena berisi atau kosong dari satu pelabuhan / pelabuhan kering ke satu pelabuhan / pelabuhan kering untuk dihantar kepada pihak pelanggan atau untuk di eksport / import ke / dari negara-negara lain.

  • Inter Terminal Transfer
    Perkhidmatan tren Inter Terminal Transfer atau ITT adalah merupakan perkhidmatan yang menghubungkan dua pelabuhan membawa kontena-kontena transhipment di antara Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat atau sebaliknya di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas atau sebaliknya.

Perkhidmatan Tren Kargo Konvensional
Perkhidmatan tren kargo konvensional, ia adalah perkhidmatan tren membawa barang secara pukal seperti makanan, simen atau bahan kimia.

Di dalam perkhidmatan kargo konvensional ini, KTMB membawa produk makanan iaitu gula bagi syarikat MSM Malaysia Holding Berhad (atau sebelum ini dikenali sebagai Malayan Sugar Manufacturing Company Berhad) dari kilang gula di Prai ke depoh MSM di Sungai Buloh untuk edaran di Lembah Klang dan perkhidmatan tren membawa gula dari kilang gula di Prai ke depoh MSM di Tampoi untuk edaran di Wilayah Selatan.

Selain itu, KTMB untuk menjadi pengangkutan utama di dalam penghantaran simen dari kilang ke depoh pengagihan di Lembah Klang bagi empat (4) buah syarikat utama simen iaitu Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Cement Industries of Malaysia Berhad) untuk penghantaran simen dari Bukit Ketri di Perlis ke Kuang di Selangor, YTL Cement Sdn Bhd untuk penghantaran simen dari Padang Rengas di Perak ke Batu Caves di Selangor, Lafarge Malaysia Bhd penghantaran simen dari Chemor di Perak ke Padang Jawa di Selangor dan Tasek Corporation Berhad bagi penghantaran simen dari Tasek di Perak ke Sungai Buloh di Selangor.

KTMB juga menjadi pengangkutan utama bagi penghantaran urea dari kilang di Gurun ke Butterworth untuk pengagihan di dalam negara dan di eksport ke luar negara bagi syarikat Petronas Chemical Fertiliser (Kedah) Sdn Bhd.

Perkhidmatan Landbridge / Cross Border
Perkhidmatan Landbridge adalah merupakan merupakan perkhidmatan tren yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia ke pelabuhan- pelabuhan di Thailand. Melalui perkhidmatan ini, process dokumentasi di antara Malaysia dan Thailand telah dipermudahkan dengan waktu perjalanan yang lebih cepat iaitu mengambil masa hanya 60 jam untuk sampai ke destinasi selain keselamatan barangan yang dibawa di antara dua negara ini lebih terjamin berbanding lain-lain mod pengangkutan seperti lori atau barge.

(Sumber: http://www.ktmb.com.my/ktmb/index)