GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 34)

BAB 5: PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kawasan seluas lebih 66 000 kilometer persegi atau 51% daripada keluasan Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 4.43 juta (tahun 2014). ECER merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta daerah Mersing di Johor seperti yang ditunjukkan dalam Peta 1.

Peta 1: Laluan ECRL dalam ECER

Pembangunan infrastruktur adalah penting untuk kemajuan ECER dan kereta api adalah satu penggerak utama bagi rantau yang boleh menghubungkan pusat ekonomi termasuk kawasan perindustrian dan menyediakan sambungan dengan cekap ke Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Untuk memulakan pertumbuhan ini, ECRL dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi yang akan menjadi tunjang infrastruktur pengangkutan pelbagai mod ECER. Hal ini akan melengkapkan infrastruktur jalan raya/lebuh raya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Timur KTMB dan pelabuhan.

(Sumber: http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/rel/projek-landasan-keretapi-pantai- timur-ecrl)