GEOGRAFI TINGKATAN 2
(Nota 4)BAB 3: PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
Cara pengiraan waktu tempatan
A. Mengira Waktu Tempatan
- Longitud digunakan untuk mengira waktu tempatan.
- Waktu tempatan dikira dengan merujuk pada waktu di Greenwich yang terletak di Garisan Meridian Pangkal (0°).
- Bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu dari barat. Waktu di timur mendahului waktu di barat.
- Jika tempat yang hendak ditentukan waktu tempatan terletak di sebelah barat titik rujukan, maka anda perlu menolak perbezaan masa dengan waktu di titik rujukan.
- Jika tempat yang hendak ditentukan waktu tempatan terletak di sebelah timur titik rujukan, maka anda perlu menambah perbezaan masa dengan waktu di titik rujukan.
B. Panduan Mengira Waktu Tempatan
Langkah 1: Kira perbezaan longitud antara dua tempat.
Langkah 2: Tukarkan longitud kepada masa, iaitu jam dan minit.
Langkah 3: Kenal pasti sama ada tempat itu berada di timur atau barat titik rujukan.
Langkah 4: Tambah atau tolak masa dengan waktu di titik rujukan.
C. Contoh Pengiraan Waktu Tempatan
Jika waktu tempatan di Brazil (45°B) ialah 8:30 malam, Rabu, waktu tempatan di
(a) | Alaska (150°B) |
= 150°B – 45°B | |
= 105° ÷ 15 = 7 jam | |
= 8:30 malam – 7 jam | |
= 1:30 petang, Rabu | |
(b) | London (0°) |
= 45°B – 0° | |
= 45° ÷ 15 = 3 jam | |
= 8:30 malam + 3 jam | |
= 11:30 malam, Rabu | |
(c) | Lahore (75°T) |
= 75°T + 45°B | |
= 120° ÷ 15 = 8 jam | |
= 8:30 malam + 8 jam | |
= 4:30 petang, Khamis |