GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 5)

BAB 3: PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kesan-kesan Peredaran Bumi

A

Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan

Pada 21 Jun (soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan)

  • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan.
  • Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang.

Pada 22 Disember (soltis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan)

  • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Jadi.
  • Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi malam.

Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks)

  • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa.
  • Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam yang hampir sama.

B

Perubahan kedudukan ketinggian matahari



  • Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.
  • Pada 21 Jun (soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan), kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada Garisan Sartan.
  • Pada 22 Disember (soltis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan), kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada Garisan Jadi.
  • Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks), matahari tengah hari tegak di atas kepala pada Garisan Khatulistiwa.

C

Kejadian perihelion dan afelion

  • Orbit bumi yang elips mengakibatkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dengan matahari sepanjang peredarannya mengelilingi matahari.
  • Kedudukan bumi yang paling hampir dengan matahari (147 juta km) dikenali sebagai perihelion berlaku pada bulan Julai.
  • Kedudukan bumi yang paling jauh (152 juta km) dikenali sebagai afelion berlaku pada bulan Januari.