GEOGRAFI TINGKATAN 2 (Nota 6)

BAB 3: PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kejadian gerhana matahari pada 9 Mac 2016

Pada 9 Mac 2016, sebahagian besar kawasan di Pasifik, yang meliputi Indonesia, Malaysia, sebahagian besar Asia Tenggara dan Australia menyaksikan gerhana matahari separa.

Gerhana menjadi penuh di Indonesia dan tengah Pasifik, bermula ketika matahari terbit di atas Sumatera dan berakhir pada waktu matahari terbenam di utara Hawaii.

Di kebanyakan tempat di India dan Nepal, matahari terbit dalam keadaan gerhana separa. Indonesia, Malaysia, Filipina dan Papua New Guinea menyaksikan lebih daripada 50% separa gerhana.