GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 1)
BAB 4: TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
Buluh dan Rotan
Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa tropika. Pokok ini tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam dua bentuk pertumbuhan, iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.
Perbezaan Buluh Monopodial dan Simpodial
MONOPODIAL | SIMPODIAL |
Pertumbuhan secara tunggal | Pertumbuhan berumpun |
Tumbuh di iklim sederhana | Tumbuh di iklim tropika |
Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera, iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrso stachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya, buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.
Jumlah dan Peratus Rumpun Buluh di Semenanjung Malaysia
Spesies buluh | Jumlah rumpun | Peratus rumpun (%) |
Semantan | 163,010 | 0.28 |
Beti | 25,020 | 0.04 |
Beting | 911,956 | 1.58 |
Betong | 252,187 | 0.44 |
Semeliang | 391,850 | 0.68 |
Dinding | 56,045,139 | 96.98 |
Jumlah | 57,789,162 | 100.00 |
(berdasarkan maklumat Inventori Hutan Nasional Ke-4)
Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu, buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraf tangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.
Spesies Buluh dan Kegunaan Komersil di Semenanjung Malaysia
Bil | Gambar | Jenis | Nama tempatan | Kegunaan |
1 | Bambusa blumeana | Buluh duri | Kayu penyepit, perabut, alatan muzik pencungkil gigi, tiang sanggaran, rebung | |
2 | Bambusa heterostachya | Buluh galah / tilan / paring / pengat | Galah, rangka (frames), pencungkil gigi, pencucuk sate, bidai. | |
3 | Bambusa vulg aris | Buluh minyak / aao / aro / pan / gading | Ornamental, pencungkil gigi, pencucuk sate, kayu penyepit, rebung, kegunaan harian | |
4 | Dendrocalamus asper | Buluh beting / pering | Barangan higo, keguaan harian, rebung | |
5 | Gigantochloa levis | Buluh betong / bisa | Barangan higo, kegunaan harian, rebung | |
6 | Gigantochloa ligulata | Buluh Tumpat Tikus / belalai | Sanggaran tanaman sayur, rangka, rebung | |
7 | Gigantochloa scortechinii | Buluh semantan / rayah /gala / paao | Kegunaan kraf tangan dan industri kecil | |
8 | Gigantochloa wrayi | Buluh beti/raga | Kraf tangan, rebung, bidai pencucuk sate, pencungkil gigi | |
9 | Schizostachyum brachycladum | Buluh lemang/ nipis/ padi/ pelang/ urat/ rusa | Kraf tangan, pencucuk sate, ornamental, rebung, pencungkil gigi | |
10 | Shizostachyum zollingeri | Buluh dinding/ nipis/ kasap/ telor | Kraf tangan, pencucuk sate, pencungkil gigi, kegunaan harian | |
11 | Bambusa vulgaris var.striata | Buluh gading | Ornamental | |
12 | Schizostachyum grande | Buluh semeliang/ Semenyeh | Rangka, kraf tangan |
Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar, iaitu subfamili Calamoideae. Terdapat 13 genera rotan di dunia. Genera tersebut adalah Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada lapan genera dimana hanya 20 spesies sahaja yang dikenal pasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C. ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan Sega).
Umumnya rotan tumbuh di kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Walau bagaimanapun, habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).
Berdasarkan kepada Inventori Hutan Kebangsaan ke-4 (NFI-4), terdapat sebanyak 2,350,147,775 rumpun/ batang rotan telah dibanci dan rotan dari jenis Manau mempunyai peratusan tertinggi berbanding rotan dari jenis lain. Pecahannya adalah seperti Jadual 1.
Rotan | Jumlah rumpun/batang* | Peratusan rumpun/batang* (%) | Jumlah rumpun/batang* per hektar |
Manau* | 21,540,363 | 1 | 4 |
Manau Tikus* | 14,064,298 | 1 | 2 |
Dok | 16,294,060 | 1 | 3 |
Dahan | 50,502,982 | 1 | 9 |
Sega | 20,701,582 | 1 | 4 |
Semambu | 4,546,253 | 1 | 1 |
Lain-lain | 2,222,498,237 | 94 | 388 |
Jumlah Rumpun/Batang* | 2,350,147,775 | 100 |
Jadual 1: Pecahan rumpun/ batang rotan mengikut jenis
Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraf tangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur. Di samping itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai bahan lapik. Rotan Manau dan Rotan Sega adalah merupakan dua spesies rotan yang terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.
Spesies | Nama rotan | Kegunaan |
Calamus manau | Rotan Manau | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus scipionum | Rotan Semambu | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus tumidus | Rotan Manau Tikus | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus ornatus | Rotan Dok | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus caesius | Rotan Sega | Komponen perabut dan tongkat |
Calamus javensis | Rotan Lilin | Bahan ikatan |
Calamus laevigatus | Rotan Tunggal | Komponen perabut dan bahan kraf tangan |
Calamus axillaries | Rotan Sega Air | Komponen perabut dan bahan kraf tangan |
Calamus speciosissimus | Rotan Sega Badak | Komponen perabut dan bahan kraf tangan |
(Sumber: https://goo.gl/wg7xJu)