GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 10)
BAB 7: KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA
Mendapatkan Maklumat tentang Beberapa Kawasan Pelancongan di Malaysia
P1. Pulau Langkawi
- Merupakan sebuah pulau yang terkenal untuk destinasi percutian.
- Dati Bay, Pantai Cenang dan Tanjung Rhu merupakan antara tempat yang digemari oleh para pelancong.
- Telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2006.
P9. Pulau Tioman:
- Merupakan sebuah pulau yang terletak di antara sempadan Pahang dan Johor.
- Mempunyai air laut yang tenang dan jernih menyebabkan pulau ini diiktiraf sebagai salah sebuah pulau percutian yang terbaik di dunia.
P13. Pulau Perhentian:
- Pulau Perhentian adalah dua pulau yang terletak di negeri Terengganu, iaitu kira-kira 11 batu nautika (21 kilometer) dari pantai timur Malaysia di Laut China Selatan.
- Terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil yang telah diwartakan sebagai Taman Laut pada tahun 1994.
- Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru.
- Menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan dan burung penghijrah.
P17. Taman Negara Niah:
- Gua Niah merupakan taman negara Sarawak yang terkecil tetapi merupakan yang paling menarik minat pelancong.
- Merupakan salah sebuah gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah.
P18. Gunung Kinabalu:
- Taman Negara Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu.
- Terletak di 1 585 meter dari aras laut.
- Meliputi kawasan seluas 754 km2 yang merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.
- Telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO.
P19. Pulau Sipadan:
- Merupakan sebuah pulau lautan yang berhampiran dengan Semporna (Sabah) dan terdiri daripada batu kapur yang ketinggian 600 meter dari aras laut.
- Penyelam seluruh dunia telah mengundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia.