GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 12)

BAB 8: TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI DUNIA

Kala Jengking


Kala jengking bukanlah serangga. Sama seperti labah-labah, kala jengking tergolong dalam kumpulan araknid. Kala jengking hidup di bahagian dunia yang panas. Sesetengahnya hidup di hutan hujan yang basah, manakala yang lain menghuni padang pasir yang panas. Kala jengking mempunyai penyepit besar seperti ketam, yang dipanggil pedipalpa untuk menyambar mangsanya, serta rahang yang kuat seperti gunting adalah untuk memotongnya.

Kala jengking mempunyai sengat beracun yang berbahaya pada hujung ekornya untuk meracun atau melumpuhkan mangsanya, supaya mangsanya tidak dapat bergerak. Kala jengking akan menggoyang-goyangkan ekornya kepada musuh untuk memberikan amaran supaya jangan mendekatinya, jika tidak kala jengking akan menyengatnya sampai mati.


(Sumber: https://goo.gl/G5Peqm)