GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 15)
BAB 10: SUMBER HUTAN
Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri
Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Hutan ini adalah satu warisan alam semula jadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah wujud lebih dari berjuta-juta tahun. Hutan ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan dan hidupan liar. Antaranya termasuklah
2 500 spesies pokok, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 110 spesies ular, 80 spesies cicak dan beribu-ribu serangga.
Hutan kita merupakan satu bahagian yang lengkap daripada alam semula jadii dan juga memainkan peranan penting di dalam perlindungan serta pemeliharaan. Ianya juga berfungsi sebagai tempat pelimpahan karbon dan juga membantu di dalam penciptaan karbon.
Hutan kita merupakan satu bahagian yang lengkap daripada alam semula jadi dan
memainkan peranan penting dalam perlindungan serta pemeliharaan. Hutan ini juga berfungsi sebagai tempat pelimpahan karbon dan membantu dalam penciptaan karbon.
Hutan semula jadi di negara ini mempunyai keunikan dan kecantikan pemandangan yang memenuhi keperluan rekreasi dan ekopelancongan. Penubuhan Taman Eko Rimba di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, ecotourism dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.
Berekreasi di Taman Eko Rimba Semenanjung Malaysia
Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai daya tarikan dan keaslian semula jadi untuk ketenteraman fikiran dan menyeronokkan bagi menghindarkan kebisingan keadaan alam sekeliling boleh dinamakan Taman Eko Rimba atau hutan rekreasi. Ini yang ditekankan dalam salah satu Dasar Perhutanan Negara untuk menggubal program-program perhutanan masyarakat serta menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan.
Antara matlamat-matlamat penubuhan Taman Eko Rimba adalah seperti berikut:
- Menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirahat di dalam hutan seperti tempat berkelah dan pemandangan jauh (look-out), taman-taman rekreasi dan kawasan-kawasan semula jadi yang indah kepada orang ramai terutamanya kepada setiap golongan masyarakat.ya kepada setiap golongan masyarakat;
- Melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar khususnya hutan supaya terpelihara demi kesejahteraan kehidupan mereka.
- Meninggikan prestasi individu menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja-kerja harian dan juga suasana persekitaran yang tidak tenteram terutamanya di bandar-bandar besar.
- Memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan-kawasan hutan sambil menikmati keindahannya melalui penyediaan denai-denai hutan, kemudahan aktiviti-aktiviti mendaki gunung, bersampan serta lain-lain aktiviti yang berbentuk aktif.
- Berperanan sebagai menambah kepada kawasan-kawasan penyelidikan yang sedia ada, sesuai dengan keasliannya yang terpelihara.
- Menambah kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke negara yang mana hasilnya akan menolong dalam peningkatan ekonomi negara.
(Sumber: https://goo.gl/dESPGL)