GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 4)
BAB 5: HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA
Maklumat Berkaitan Pengurusan, Pemuliharaan dan Penyelidikan Penyu di Semenanjung Malaysia
- Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan penyu sejak tahun 1990-an sehingga sekarang. Daripada tujuh spesies penyu yang wujud di dunia, empat spesies penyu ini terdapat di Malaysia, iaitu Penyu Belimbing (Leatherback Turtle), Penyu Agar (Green Turtle), Penyu Karah (Hawksbill Turtle) dan Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle).
- Penyu adalah termaktub di dalam enakmen dan ordinan negeri yang tertakluk dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri telah menyerahkan tugas pengurusan penyu ini kepada Jabatan Perikanan Malaysia. Negeri-negeri berikut mempunyai pendaratan penyu di pantai-pantainya, iaitu:
- Negeri Terengganu (Penyu Belimbing, Penyu Agar, Penyu Karah dan Penyu Lipas)
- Negeri Pahang (Penyu Agar dan Penyu Karah)
- Negeri Johor (Penyu Agar, Penyu Karah, Penyu Lipas)
- Negeri Melaka (Penyu Karah)
- Negeri Perak (Penyu Agar)
- Negeri Pulau Pinang (Penyu Agar)
- Negeri Sabah- Pengurusan di bawah Taman-taman Sabah
- Negeri Sarawak- Pengurusan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak
- Di Semenanjung Malaysia, terdapat enam Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu telah dibangunkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan penyu, iaitu:
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Ma’Daerah, Kerteh, Terengganu
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pangkalan Balak, Melaka
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, Perak
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang
- Peruntukan yang diperolehi untuk pelaksanaan program pengurusan dan pemuliharaan penyu adalah diperolehi daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga sumbangan pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Jabatan Perikanan melalui Institut Penyelidikan (FRI) Rantau Abang, Terengganu atau yang dulunya dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan penyu di Semenanjung Malaysia. Kajian dan penyelidikan yang dijalankan dan pencapaian adalah:
- Penandaan (Tagging) Penyu
- Kajian Kadar Kecergasan Anak Penyu Yang Ditetaskan dalam Kotak Stirofoam, Ex-Situ dan In-Situ (Semula jadi)
- Kajian Kecerahan Cahaya Terhadap Anak Penyu
- Pemasangan Alat Satelit Telemetri pada Ibu Penyu yang Bertelur
- Kajian Penggunaan Mata Kail Jenis Circle Hook untuk Nelayan Rawai
- Kajian Kedalaman Sarang Penyu untuk Penetasan Telur Penyu
- Kajian Keberkesanan TED pada Pukat Tunda
- Kajian Kesan Pemanasan Global ke atas Populasi Anak Tetasan
- Dalam melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan penyu yang teratur dan berkesan pihak jabatan telah menyediakan garis panduan dan pelan tindakan yang perlu diikuti, iaitu:
- Prosedur Piawaian Pengurusan Penyu (SOP)
- Pelan Tindakan Penyu Kebangsaan (NPOA Sea Turtle)
- Kajian Kecerahan Cahaya Terhadap Anak Penyu
- Terma Rujukan kepada agensi kerajaan/ swasta/ NGO/ IPT yang berkerjasama dengan pihak Jabatan Perikanan Malaysia dalam program pemuliharaan penyu di Semenanjung Malaysia
- Pihak jabatan sedang menyediakan satu peraturan penyu untuk penyeragaman oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia bagi menggantikan/ pindaan penambaikan ke atas enakmen penyu sedia ada.
- Pelbagai langkah dan tindakan/ program telah dijalankan oleh pihak jabatan dalam menangani ancaman terhadap penyu. Antaranya adalah:
- Program pendidikan dan kesedaran penyu
- Dialog dengan kumpulan sasar
- Penguatkuasaan di laut dan pantai pendaratan penyu
- Kajian dan penyelidikan
- Penglibatan dan kerjasama pihak lain dalam pemuliharaan penyu
- Penganjuran seminar/ bengkel/ kursus untuk kakitangan dan kumpulan sasar
- Penglibatan Malaysia (Jabatan Perikanan Malaysia) berkaitan dengan pengurusan dan pemuliharaan penyu di peringkat global adalah seperti berikut:
NO. Agreement name Agreement Date 1. MoU in Turtle Management and Conservation in the ASEAN Countries appointment as "Lead Agency" 1997 2. Memorandum of Agreement Between The Government of Malaysia and The Republic Of The Philippines On The Established Of The Turtle Island Heritage Protected Area (TIHPA ) 1966 3. MoU On The Conservation and Management of Marine Turtles and their Habitats of the Indian Ocean and South –East Asia 2011
(Sumber: https://goo.gl/1tiAkY)