GEOGRAFI TINGKATAN 3 (Nota 8)

BAB 6: SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA


Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) (2001- 2010) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) untuk menggalak dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharu (RE), maka kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memantap dan membangunkan penggunaan RE sebagai sumber tenaga kelima (5) negara. Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), kerajaan telah menetapkan sasaran penjanaan tenaga elektrik secara grid connected menggunakan sumber-sumber RE seperti seperti biojisim, biogas, hidro-mini, angin, solar dan municipal waste pada kapasiti 350MW, iaitu melibatkan 300MW di Semenanjung Malaysia dan 50MW di Sabah. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kejayaan pembangunan RE di Malaysia khususnya melalui pelaksanaan program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga yang Boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Programme - SREP) yang diperkenalkan pada tahun 2001.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bertujuan menarik minat pemaju-pemaju projek RE untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini seperti penubuhan infrastruktur untuk pembangunan RE, merangka program-program bagi pembangunan industri & pasaran RE dan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.

Projek Tenaga Boleh Baharu

1. Hidro Mini
Projek-projek hidro-mini yang terkini, segala perkara yang berkaitannya boleh diperolehi daripada laman web Malaysia Green Tech Corporation (MGTC).

2. Projek Tenaga Biojism
Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Generation and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah menerima kemudahan yang besar daripada 'GEF' bagi membangunkan sebuah projek untuk Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen). Tujuan utamanya adalah untuk menentukan serta mengatasi segala yang menjadi penghalang dalam usaha negara mengkomersialkan penggunaan sisa buangan biojisim co-generation, termasuklah penjana kuasa grid connected di Malaysia.

3. Tenaga Solar
Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini. Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia ke-7 telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.
Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telah pun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV. TNB Research Sdn Bhd. sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Projek ini dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000). Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).

(Sumber: https://goo.gl/67t3NM)